Posting List

Tuesday, September 13, 2011

Kereta Tenggelam Di Tasik Bakun


























Pemilik kenderaan sedang berusaha untuk mengikat tali pada kenderaan beliau dan diperhatikan oleh beberapa orang awam yang sedang menyaksikan keadaan tersebut.

10 September 2011.Empangan Bakun
Sebuah kereta pacuan empat roda milik Awie Jeno seorang penduduk daripada Sg.Asap telah tenggelam apabila keretanya telah mengelongsor ke dalam Tasik Bakun pada jam 2 petang pada, 10 September 2011. Kejadian belaku dipercayai apabila brake pakir yang gagal berfungsi dan penahan gelongsor (sebiji batu) yang diletakkan di tayar keretanya telalu kecil. Sejurus selepas itu beliau telah mendapatkan tali pengikat Rumah Terapung yang berdekatan dengan tempat kejadian dan berusaha mengikat kereta beliau. Kereta beliau dapat diselamatkan sejam selepas kejadian dengan ditunda naik ke darat oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang berdekatan.
         Beliau sebelum itu sedang memunggah barang-barang milik Upang Liek dan isterinya yang hendak balik ke kampung mereka yang terletak di dalam kawasan empangan. Mujurlah tak ada penumpang yang masih berada di dalam kereta.
     
Tip:  Hati-hatilah di tasik Bakun.......he...he...kalu letak kerete pertama tarik hand brake kuat-kuat. Kedua matikan enjin. Ketiga masukan gear 1 kalau kereta menghadap ke atas dan masukkan gear reverse kalau kereta menghadap ke bawah. Kalau kereta anda ada Low Gear lebih elok di masukkan juga. Lepas itu barulah boleh keluar dari kereta dan carilah baut-batu yang besar yang paling dapat kamu angkat untuk dijadikan stopper. Lebih selamat kalau dapat letakkan pada keempat-empat tayar...tetapi biasanya dua tayar dah memadai. 


No comments:

Post a Comment