Posting List

Friday, September 9, 2011

Sarawak Pantau Pembinaan Rumah Terapung Di Empangan Bakun

Berita Sabah & Sarawak

August 23, 2011 15:00 PM
Sarawak Pantau Pembinaan Rumah Terapung Di Empangan Bakun
KUCHING, 23 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri melalui beberapa agensi yang berkaitan sedang memantau aktiviti pembinaan rumah-rumah terapung ataupun "Jelatong" di Empangan Hidro Bakun yang semakin bertambah sejak akhir-akhir ini," kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata pembinaan terlalu banyak Jelatong di empangan tersebut dikhuatiri boleh mendatangkan kesan pencemaran air selain membahayakan penghuninya.

"Ketika ini pembinaan rumah terapoung di Bakun begitu banyak seperti cendawan dan kerajaan mahu kawal ia sebelum sebarang kejadian tidak baik berlaku di sana," katanya kepada pemberita di sini.

Pada 21 Ogos lalu, Bernama mendedahkan tentang pertambahan jumlah Jelatong di empangan tersebut yang kini mencecah tidak kurang daripada 50 buah dan kebanyakkannya dimiliki oleh masyarakat Orang Ulu.

Penduduk turut menjadikan Jelatong tersebut sebagai sangkar ternakan ikan selain menjadi tempat sewaan kepada pengunjung luar khasnya penggemar alam sekitar dan kaki memancing.

Menyentuh tentang aktiviti mengambil balak yang terapung sekitar empangan itu, Awang Tengah berkata sebuah syarikat iaitu Wargana Consortium Sdn Bhd telah diberi lesen untuk mengambil balak tersebut dalam kawasan sekitar lima kilometer dari empangan.

Menurutnya sejak Jun tahun ini, Jabatan Hutan dan Perbadanan Perhutanan Sarawak telah melancarkan operasi pencegahan pembalakan haram di kawasan terbabit dan berjaya menyita 500 batang balak termasuk menyita sebuah kilang balak.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment