Posting List

Sunday, October 2, 2011

Penanaman Semula Pokok Di dalam Air

Kerja-kerja penanaman semula pokok oleh Jabatan Perhutanan atau lebih dikenali sebagai Forest di kalangan orang tempatan telah bermula sejak berbulan-bulan yang lalu seawal proses penakungan air di Empangan Bakun. Berbagai spesis kayu-kayan di ambil benih dan anaknya untuk ditanam di kawasan yang tidak tenggelam sebagai langkah-langkah untuk memastikan kesinambungan terhadap alam sekitar yang telah musah.
           Antaranya adalah pokok-pokok yang menjadi sumber makanan untuk binatang-binatang dan ikan yang biasanya tumbuh ditebing sungai Balui. Pihak Forest ini telah menanam pokok-pokok ini di ketinggian yang mereka rasa tidak akan ditenggelami. Walau apapun banyak antara pokok-pokok yang mereka tanam ini telah ditenggelami air kerena gagal menentukan ketinggian air empanganan. Seorang pekerja yang tidak mahu namanya disiarkan telah mengatakan bahawa mereka telah menggunakan GPS (Global Positioning System) sejenis alat untuk kerja-kerja survey untuk menentukan ketinggian air Empangan.
           Berdasarkan pengetahuan saya dan pihak pengeluar GPS, GPS tidak memberikan bacaan yang tepat untuk menentukan ketinggian kerana julat ketepatannya adalah sehingga +- 30m juga bergantung kepada jenis alat yang digunakan dan keadaan cuaca.
           
            

No comments:

Post a Comment